17 Januari 2009

TASMEK DULU KINI DAN SELAMANYA


Perlaksanaan tasmek di sekolah-sekolah yang menjalankan program jQAF telah masuk tahun yang ke lima. Namun demikian konsep perlaksanaannya masih kabur dikalangan pihak pengurusan dan juga dikalangan guru-guru pendidikan Islam bahkan guru-guru jqaf sendiri. Merujuk kepada pekeliling bil 13 /2004 perkara 3.3guru jqaf bertanggungjawab melaksanakan model tasmek. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila di perlukan. Akan tetapi yang kurang sedap pihak pengurusan mengarahkan guru jqaf menyediakan jadual dan memberi kepada guru Pendidikan Islam, seolah-olah guru jqaf yang mengarah dan mengatur GPI dan menyebabkan perselisihan faham orang baru mengarahkan orang lama dan menyusahkan mereka. Sekiranya guru JQAF menyuarakan persoalan ini kepada pengurusan sekolah maka guru tersebut akan di band oleh pihak pengurusan dan ini akan melibatkan prestasi guru akan down. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pelaksana .

Ketidakhadiran pebimbing tasmek didalam mana-mana mesyuarat samada mesyuarat staff,PIBG, rumah sukan dan panitia akan menimbulkan cakap-cakap belakang dikalangan rakan guru dan memperkudakan mereka yang tidak hadir mesyuarat dengan terpaksa menerima semua keputusan yang telah di putuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat perlu dijalankan Tasmek mesti dilaksanakan.

Amat sukar untuk memahamkan mereka yang tidak ingin memahami konsep program jqaf ini. Sepanjang pemerhatian saya boleh dikatakan majority guru tidak suka balik lambat. Oleh itu susah untuk orang menolong kita apabila di luar waktu pnp. Sekiranya ia berlaku didalam waktu pnp saya merasakan semua orang mahu membantu dengan syarat mereka berada di zon selesa iaitu pulang seperti biasa loceng1:15 bergegas mencari kenderaan masing-masing, tetapi ianya adalah bersalahan dengan dasar dan konsep perlaksanaan.

Sepanjang pengetahuan saya ,ada sesetengah sekolah melaksana tasmek didalam jadual waktu pnp biasa. Kekurangan guru dan lambakan murid menjadi masalah utama terutama bagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 seisi. Masalah yang paling besar apabila bahasa arab juga di letakan diluar jadual waktu yang menyebabkan guru BA jqaf tidak dapat sama-sama untuk tasmek. Penglibatan Guru Pendidikan Islam (GPI) didalam tasmek sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang timbul akan tetapi apabila mereka perlu hadir ke kelas tasmek setiap hari ini menjadi masalah bagi mereka kerana sebelum ini mereka berada di zon selesa.

Guru- guru PPSMI yang diberi elaun tambahan tidak perlu balik lewat sedangkan GPI tiada elaun tambahan dibebani dengan pelbagai tugas. Bunyi sebegini pernah kedengaran suatu ketika dahulu dengan membandingbezakan dengan orang lain dan perbezaan DG guru jqaf dan GPI Saya memahami keadaan yang dihadapi, tanggungjawab keluarga dan juga tanggungjawab sebagai pendidik. Saya setuju dengan pendapat akhimizi didalam blognya kita tidak boleh lakukan kerja dalam keadaan tetekan.sekiranya ini terjadi maka akan memberi kesan kepada anak-anak didik. Difahamkan juga ada GPI yang sanggup tasmek setiap hari Alhamdulillah bahagia sekolah tersebut dan diharapkan jgn la pula guru jqaf menjadi mandom dan pemalas pula. Ada juga GPI tidak masuk tasmek tetapi balik lewat dan sanggup duduk saja dalam bilik guru, pening semua ini bila dengar macam-macam cerita .

Seperkara lagi apabila murid tidak hadir kelas tasmek dengan alasan mahu ke kelas tuisyen atau kelas AlQuran berbayar khusus bagi sekolah dalam bandar kerana mereka lebih selesa dengan kelas tambahan di luar sekolah sebagai contoh ada sebuah pusat pengajian Al Quran di Bandar Alor setar sangat strait berpegang kepada peraturan yang telah di tetapkan sebelum pukul 3 petang murid-murid mesti berada di kawasan pusat pengajian tersebut. Maka waris datang jumpa guru jqaf sendiri menyatakan persoalan demikian. Susah juga nak selesaikan semua ini.

Macamana pula tahun hadapan semua murid jqaf akan menduduki peperiksaan UPSR kelas tasmek atau kelas tuisyen menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan aktiviti Ko Kurikulum sehingga sehari suntuk murid dan guru berada di sekolah. Kadang-kadang ada waris menyungut kesian anak mereka terlalu letih sehari suntuk berada di sekolah lepas tasmek terus masuk kelas KAFA malam pula terus tidur kekadang tak sempat menyiapkan kerja rumah. Pada saya inilah sikap orang kita yang manjakan anak yang akhirnya menimbulkan masalah pada keluarga. Kita melihat sikap orang cina pergi ke sekolah gelap pulang pun gelap ditambah pula dengan membawa bermacam-macam bekal yang telah di tapau.

Dalam mengaharungi liku-liku sebagai pendidik ini lah yang perlu ditempuhi.Ketaqwaan kesabaran kerdhoan keikhlasan menjadi tunjang perjuangan. Saya menulis ini bukan luahan perasaan tetapi hanya untuk menyampaikan apa saya terima daripada rakan jqaf yang lain untuk menjadi renungan kita bersama. Mudah-mudah kita dapat mencambahkan idea demi untuk menambahbaikan program jqaf model tasmek ini. Tiada niat untuk mencari kesalahan dan memburukan sesiapa hanya merungkai permasalahan yang timbul.

mesyuarat panitia pendidikan islam



15 januari2009 mesyuarat panitia telah dijalankan dengan jaya banyak perkara dibincangkan bersama-sama dengan PKKK cikgu IbrahimB Omar.mudah-mudahan program yang dirancang pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar hendaknya.Dengan tenaga yang ramai dapat melicinkan segala gerak kerja yang diatur. PKKK berharap program jqaf dapat berjalan dengan lancar, beliau telah menekakan pemulihan jawi dan khatam alquran agar dapat mengenal pasti bilangan murid menguasai dan belum menguasai.

05 Januari 2009

hari pertama persekolahan

4 januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2009. Saya rasa Semua sekolah di lawati oleh Pegawai PPD atau pegawai JPN. SK Siputeh telah dilawati oleh Pn Osma selaku mentor sekolah. Beliau berada di sekolah kami hampir separuh hari memantau apa yang berlaku pd hari pertama persekolahan. tahun ini sekolah kami menerima 3 orang guru baru salah seorgnya ustazah dr Sabah ustazah Nashitoh. mudah mudahan gerak kerja untuk pen Islam akan bertambah hebat hendaknya.

31 Disember 2008

1430/ 2009 SIAP SEDIA KE SEKOLAH

minggu depan semua warga pendidik akan akan kembali ke sekolah. Lembaran baru pasti bermula cerita baru juga akan muncul tiba.Ada yang tak sabar untuk bertemu anak didik, dan ada yang telah siap segala ABM untuk ke kelas. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Pendidikan Islam kerana telah menyediakan buku panduan rancangan mengajar program jQAF begitu awal. sebelum masuk sekolah dah dapat, jadi bila masuk sekolah bleh jalan terus PnP.Apa pun untuk awai ni kita kena mengasuh dulu la budak-budak tahun satu nie. Saya yakin semua guru jqaf dah kembali ke sekolah mengemas bilik jqaf yg di tinggal sebulan lebih.

01 Disember 2008

pelajar polimas nak tau program jQAF

pada 26 november saya mendapat panggilan daripada pelajar POLIMAS yang mana mereka ini ingin mendapat maklumat mengenai program jQAF ni. terkejut juga saya dibuatnya untuk apa mereka nak tahu,rupanya mereka kena buat assigment mengenai program jqaf nie, hebat juga ustaz mereka ni (us faisal). Dalam keletihan di siang harinya dengan memeriksa kertas soalan pelajar2 yang akan ke SMKA maka saya meminta mereka datang ke rumah untuk mendapatkan maklumat mengenai jQAF. Saya secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz faisal kerana memberi tajuk yang menarik kepada pelajarnya. Sekurang2nya mereka tahu apa itu jQAF. kepada ashraf dan kawannya (saya terlupa namanya) buat lah yang terbaik walaupun hanya assaigment, itu adalah ilmu kepada kamu semua.

30 November 2008

PENGALAMAN MENGAWAS SPM

SPM 2008 hampir selesai, buat pertama kali mengawas peperiksaan SPM pada tahun ini maka tercerna pengalaman baru dalam kehidupan saya yang bergelar sebagai guru. Apa yang menariknya saya diamanahkan untuk mengawas sekolah yang di kategorikan gred A di negeri kedah ini, letih juga dibuatnya almaklumlah pelajar-pelajar yang cerdik sentiasa meminta helaian tambahan, keluar dari bilik peperiksaan on time . Apabila melihat mereka diluar dan didalam bilik peperiksaan teringat pula zaman saya mengambil SPM pada tahun 1996 di SMURaudzatul ulum (namanya sudah terkubur).
Sepanjang saya mengawas SPM ini hanya subjek Pendidikan Islam yang menjadi tumpuan saya almaklumlah ustaz katakan. Lagipun kita ni nak memperkasakan pendidikan Islam. Saya rasa pelik dan hairan kerana semua pelajarnya menjawab didalam tulisan rumi. Pada hemat saya sekolah hebat mesti jawab dalam tulisan jawi sepertimana mereka mampu menjawab subjek math sains biology dan sebagainya dalam bahasa inggeris. Tak tahu lah kalu sememangnya calon-calon dikehendaki menjawab didalam tulisan rumi, sekiranya itu yang dikehendaki maka pandangan saya tidak tepat saya mohon maaf, tapi seingat saya masa saya menduduki SPM dulu kami jawab dalam tulisan jawi, mungkin masa sudah berubah dunia sudah maju. Yang peliknya lagi tulisan selawat keatas nabi pun tak betul. Tak pa la kita sangka baik mungkin mata saya yang tersalah pandang atau mungkin calon tersebut menggunakan khat yang menarik sebab saya tak pandai dalam bab khat ni atau calon tersebut terlepas pandang.
Oleh itu saya merasakan amat wajar YAB Perdana Menteri merencakan program jQAF yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Mengembalikan kefahaman Islam dengan lebih sistematik dan mengembalikan budaya melayu yang hakiki. Tulisan jawi suatu ketika dahulu menjadi tulisan rasmi tapi sekarang entah kemana hatta guru bahasa melayu pun tidak tahu membaca dan menulis jawi padahal suatu ketika dahulu mereka yang mengajar subjek tersebut yang kita sebut sebagai BMJ (bahasa melayu jawi). Dalam pemerhatian saya, hanya sekolah rendah Islam darulaman SRIDA yang menjana BMJ ini. Kini ita diperkenalkan dengan Program jQAF dan dipertanggungjawabkan kepada ustaz dan ustazah. Perancangan yang mantap dan perlaksanaan yang mengancam dapat melahirkan modal insan yang berbudaya melayu yang mengangkat martabat Islam. Menyedari haikat ini saya menyeru seluruh orang kampung j-QAF supaya dapat mengorak langkah dengan lebih pantas untuk menjayakan program ini.

j-QAF OH j-QAF


Wahai sekalian orang kampung jqaf tahun depan merupakan tahun yang kelima kita semua menerokai program jqaf ini. Apakah perasaan kita didalam menerjah dan mecampakan diri didalam alam program jqaf ini ,. Apa pun saya yakin dan percaya bahawa semua guru jqaf ikhlas didalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Saya amat sedih dan pedihnya hati ini sekiranya terdengar kalimat guru-guru jqaf ini tidak ikhlas

Apakah kita boleh mengukur keikhlasan seseorang? Biarlah Allah S.W.T sahaja yang mengukur keikhlasan tersebut. Sesungguhnya ikhlas ini dibangsakan dengan bangsa faham bukan di bangsakan dengan bangsa Nampak atau di sebut dengan amrun iktibari.(kalu salah tolong perbetulkan). Tidakah kita terfikir bagaimana penat jerih guru-guru jqaf sehingga ada yang keluar gelap balik pun gelap. Terbungking buat kerja siapa pun tidak tahu. Sahabat-sahabat yang berada nun juah di pendalaman sabah dan Sarawak berjuang habis habisan mendidik anak-anak jQAF. Saya merasakan tidak terlintas bagi mereka untuk memikirkan Honda city Toyota vios Nissan dan sebagainya. Bagi saya guru jqaf lah orang yang paling setia sebagai penjawat awam sanggup menerima apa sahaja tugasan yang diberikan, saya pernah menyuarakan didalam mesyuarat agong KKGUMB cawangan kedah guru jqaf ini hanya diibaratkan sebagai mangsa guru ganti sahaja, apakah disebabkan guru jqaf ini di luar norma tiada limit masa dengan mengajar tanpa henti, boleh di tunggang dengan pelbagi tugas sebagai guru data,guru sukan, guru kaunseling,guru media, penyelaras makmal computer dan sebagainya semua ini memang bagus untuk guru jqaf tetapi saya bimbang sekiranya mereka ini tersasar dari program jqaf. Pergunakanlah kemahiran guru jqaf ini dengan setaranya bukan dengan sewajarnya.

Justeru saya memohon semua orang kampung jqaf dapat membuka minda merenung perkataan jQAF TANPA GAGAL . tahun untuk menilai semakin hampir, saya sendiri merasa takut dan gerun dengan jumlah murid yang boleh membaca Al Quran apatah lagi khatam Al Quran. Walaubagaimapun terubat hati apabila pihak kementerian minta menggunakan kaedah Baca Ikut Guru insyaAllah akan tercapai. Saya juga berharap agar semua orang kampung jqaf dapat mencambahkan idea kerana orang yang bergelar pakar sentiasa memberi idea baru atau menambah baik idea yang sedia ada.