30 September 2008

PKSR

PKSR macam-macam dengar ceritanya ramai yang kata susah, apa bolehbuat soalan yang sampai kita buat saja laa.... soalan tue saya tak sempat nak tengok lagi bila dapat arahan daripada GB suruh ambil soalan kat PPD terus pi ambil dan serah kepada guru bahasa arab kemudian dok sibuk dengan ujian bulan september plak tak dan nak bertanya khabar ngn guru bahasa arab saya cuti plak seminggu isteri bersalin sambung plak cuti raya..... bila buka blog kekawan ramai yang memperkatakan ttg PKSR ni..... untuk rakan semua apa yang kita boleh buat bertindak mengikut arahan ..........................

29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelayar blog. Semoga berbahagia di hari yang di nanti-nantikan ini. kesedihan tetap ada pada diri sesorang yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah yang maha kuasa kerana ramdhan yang penuh keberktan akan meninggalkan kita dikala kita asyik beribadah kepada Allah S.W.T . Pada kesempatan ini elok lah kita bermaafan sesama kita ziarah-menziarahi dan mengeratkan silaturrahim menguatkan perpaduan ..............

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

22 September 2008

Persiapan MKQ

Tarikh 22 september adalah hari pemurnian bahan MKQ peringkat negeri malangnya saya tak dapat untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat sekalian bagi tujuan tersebut. Hati ini sememangnya ingin bersama dengan sahabat semua tapi takdir menentukan segalanya.. oleh yang demikian saya memohon maaf kepada sahabat semua,us Musa dan juga us rushdan kerana tidak dapat hadir...... apa pun saya percaya antum semua hebat dan dapat menghasilkan natijah yang mannntoooop....... selamat maju jayaa

09 September 2008

UPSR BERMULA

9 september 2008 bermulanya peperiksaan UPSR di seluruh negeri. Pagi-pagi lagi guru-guru tahun 6 agak sibuk menguruskan murid tahun enam. berdebar murid berdebar lagi guru-guru. Pada pagi ni saya di tugaskan untuk membaca doa memohon keberkatan untuk saat-saat terakhir.
Guru besar pula memberi kata-kata semangat dan memberi nasihat supaya murid-murid dapat menjawab dengan baik. apa yang diharapkan semoga semua murid yang menduduki peperiksaan mendapat kejayaan yang cemerlang.......

08 September 2008

SAAT-SAAT AKHIR MENGHADAPI UPSR

Tahun ini merupakan tahun yang penuh barakah kerana peperiksaan UPSR dijalankan di bulan yang penuh keberkatan. Apa pun diharapkan murid-murid bersemangat untuk berjuang sepertimana di medan badar. Prinsip ini yang harus diterapkan oleh guru kepada semua murid. Ketua pengawas dan pengawas kali ini nasib badan laa sebab tak disediakan makan.....tapi nampak mereka semua bersemangat bermesyuarat untuk peperiksaan esok hari. Diharapkan mereka dapat claim lebih sikit laa sebab tak leh makan....... Hari ini terlupa plak nak bawa kamera untuk nak ambil gambar peristiwa yang berlaku hari ni.....Sosek-Sosek guru tahun enam, depa kata "spot soalan tahun tak sama plak "........ macam-macam soalan ada....... tahun lepas spot sama belaka..... ishh ini spot ka bocorrrrrrrrrrr....... spot laa kot.....saya rasa semua guru tahun enam susah hati ni takut budak depa tak bleh jawab........ustazzzz pulakkk kena jampi lebih sket..... supaya bleh jawab.
semoga semua murid upsr dapat jawab dengan mudah.....

02 September 2008

RAMADHAN AL MUBARAK DATANG LAGI

Alhamdulillah sempat lagi kita bertemu dengan bulan penuh keberkatan pada tahun ini. Kita berdoa agar Allah pertemukan kita dengan ramadhan pada tahun yang akan datang. Di bulan yang penuh barakah ini hendaklah kita melipat gandakan usaha utuk memastikan anak didik kita dapat membaca Al Quran dengan sebaik mungkin. usah lah kita jadikan tidur sebagi ibadah utama sehingga kita lupa kepada tanggungjawab yang hakiki. Ramadhan kali ini sudah pasti akan lebih baik daripada tahun yang lalu ibadah kita lipat gandakan demi mencapai reda Allah semata-mata. Maka janganlah terlalu kedekut dan bakhil untuk menabur bakti mencurahkan ilmu kepada masyarakat. kerah tenaga yang diberikan oleh Allah untuk mengepalai segala ibadah, sesungguhnya masyarakat umum sangat memerlukan orang yang berlatarbelakang pendidikan agama Islam yang bergelar ustaz dan ustazah. justeru itu marilah sama-sama kita mengimarahkan ramadhan karim ini penuh semangat juang demi mempertahan agama Allah diatas muka bumi ini.