13 Julai 2009

SAYONARA SK SIPUTEH

Tanggal 12.7.2009 hari terakhir saya bertugas di Sk Siputeh, saya telah menerima memo pertukaran dan akan berhijrah ke Sk Anak-Anak Angkatan Tentera. Bemula lembaran baru episod lama melangkah kaki ke sekolah baru untuk memperjuangkan program jQAF. Kenangan pahit manis di SK Siputeh sukar untuk saya ungkapkan, apa pun biarlah ianya menjadi lipatan sejarah permulaan sebagi guru jQAF.
Bermula dengan latihan kemudian lantikan sehinggalah pengesahan dalam jawatan menggamit seribu satu kenangan. Disini juga saya diberi kepercayaan oleh Tn Hj Rushdan sebagai jurulatih utama program jQAF. Terima Kasih tuan diatas segala tunjuk ajarmu.
Guru besar En Sutin a/l Den Eyat juga memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya didalam mengurus program jqaf ini. Sehinggakan satu ketika mesyuarat GB sekolah program jqaf juga beliau minit saya untuk menghadirinya mungkin terlepas pandang terima kasih tuan diatas kepercayaan
Hari-hari terakhir disini saya telah melangsaikan beberapa kerja seperti menggantung label bahasa arab. Gurau senda sesame rakan guru akan hilang seketika tetapi tidak terkubor begitu saja. Tidak adil kiranya saya menulis nama seorang dua disini . dari GB sehingga tukang kebun adalah rakan seperjuangn apatah lagi kantin tempat menjamu selera dan makanan murah susah cari laa lepasniee…….
Sesekali memandang wajah anak didikku terlalu berat untuk melankah kaki keluar dari sini. Budak yang selalu saya rotan dia la orang pertama memberi hadiah padaku apakah dia bergembira dengan pemergianku atau dia bersedih entah laa tapi dia bertanya kenapa ustaz nak pindah pasai saya buas kaa tergelak juga saya dengan soalannya. Lalu saya berpesan padanya jgn buas kalu buas ustaz mai rotan kamu plak. Dia tersenyum sinis.
Rakan jQAF amat memahami senang diajak berbincang bertanggungjawab dalam semua hal kekadang malu pulak saya dengan mereka kerana asyik keluar saja. Saya berharap di sekolah baru rakan jqaf seperti mereka semua…..
Cumanya yang sedih mungkin blog ini akan terkubur dan saya akan berblog dalam blog peribadi di http://jalai98.blogspot.com

Sekian seadanya wassssalammm
SAYONARA SK SIPUTEH………………………………….
SK SIPUTEH TETAP DALAM INGATAN…………………..

19 Jun 2009

CEBISAN PANDANGAN UNTUK PELAJAR CELIK AL QURAN

Sering kita bercakap hari ini pelajar muslim tidak dapat membaca Al Quran dengan kata yang lebih sedap buta Al Quran. Tetapi topic perbincangan ini tidaklah sepanas PPSMI. Bagi kita sebagai seorang Islam dan ditaklifkan sebagai ustaz dan ustazah berhadapan dengan tugasan yang besar dunia dan akhirat. Sekiranya sesiapa yang baca Blog Tuan Hj Rushdan berkaitan dengan pelajar sekolah menengah buta Al Quran seramai 17000 orang nescaya semua akan rasa bimbang , takut sedih dan sebagainya.
Saya pernah menulis sebelum ini tentang khatam Al Quran ke sekolah Menengah satu pandangan. Saya amat berseutuju dengan Tuan Hj Rushdan untuk mengatur program bagi membolehkan mereka dapat membaca Al quran dengan cepat. Kalu orang kata masalah mak bapa tak ambil peduli anak dia boleh baca ka dak pada saya itu bukan masalah kalu ya itu masalah mungkin masalah yang ke 178 kot. Yang penting kita jangan buat masalah dan jangan bermasalah.
Setahun jagung bergelar sebagai pendidik tak layak rasanya bagi saya untuk melontarkan buah fikiran untuk menjayakan program tersebut. Tetapi teringin juga untuk berbincang perkara ini. Kalu kita nak memastikan mereka dapat membaca Al Quran dalam masa seminggu agak sukar tetapi tidak mustahil. Pelajar yang buta Al Quran ini saya rasa pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Maka kita perlu mengkategorikan pelajar bermasalah dalam pembelajaran seperti sindrom down autisme, tumpuan perhatian singkat,palsi sereberal, pintar cerdas lembam dan sebagainya. Ini memudahkan kita untuk menilai tahap kebolehan mereka. Kalu kita harung semua penat la kita jawabnya.
Kem literasi AlQuran yang telah diprogram dalam perlaksanaan j-QAF sememang menarik akan tetapi kita perlu memahami maksud literasi. Kalu kita merujuk kamus dewan maksud “literasi” ialah kebolehan menulis dan membaca (celik huruf) . sewajarnya perlaksanaa itu perlu kepada menulis dan membaca. Teringat pulak saya semasa di sekolah dulu kala, subjek imlak menyebabkan kita mengenal huruf untuk membaca dan menulis. Rancangan mari mengaji juga menggunakan kaedah imlak bagi memastikan muridnya mengenal huruf seseudah di tekan tubi.Sekiranya tekan tubi bacaan sahaja tak lebih menjurus kepada hafazan semata-mata. Kita mengambil kaedah BIG berdasarkan kepada talaqi musyafahah antara malaikat Jibril dan nabi Muhammad S.A.W maka kita juga perlu ambil kaedah penulisan Al Quran yang di tulis oleh para sahabat .sembang-sembang kosong saya dengan orang lama yang mengajar Al-Quran selalu mereka mempertahankan system Baghdadi kerana pada mereka sekiranya seseorang itu lama tidak membaca Quran dia mampu untuk mengeja dan membaca Quran tetapi kalau iqra mereka akan lupa kerana tidak tahu mengeja. Biar lah apa yang orang nak kata yang pasti pelajar kita mampu membaca Quran.
Antara lainnya juga kita juga perlu memahami tentang ضبط القراءن dan juga رسم القراءن . jika kita lihat didalam resam uthmani terdapat tulisan lain bunyi lain. Pelajar perlu mengenal baris untuk menyebut bunyi perkataan. Dengan kata lain memahami penulisan resam uthmani. Saya juga merasakan pendedahan kepada semua guru tentang kaedah ini adalah amat penting .
Ini hanyalah pandangan peribadi , hanya setahun jagung sebagai pendidik , ini sahaja yang mampu saya coretkan…….. Insya Allah saya akan menulis didalam blog peribadi http://jalai98.blogspot.com.

10 Jun 2009

SUBAHAT................ SAHABAT.

Subahat dan sahabat adalah perkataan yang berbeza tetapi bunyinya seakan-akan sama. Apakah ini mengelirukan atau dikelirukan atau sengaja kelirukan. Dalam dunia pendidikan hari ini adakah selalu digunakan atau jarang digunakan atau tak tergamak digunakan. Saya cuba bawakan perkataan subahat didalam dunia pendidikan hari ini. Setuju atau tidak inilah yang akan saya ketengahkan. Perkataan sahabat akan boleh bertukar kepada subahat apabila kita merelakan perkara yang sepatutnya kita larang. Nak larang tak gamak sahabat baik dalam masa yang sama kita telah menukar perkataan sahabat kepada subahat.
Kerelaan kita diatas sesuatu kesalahan dan kesilapan menyebabkan kesalahan yang berpanjangan sehingga pencen. Generasi guru yang masih muda kini sibuk menyambung pengajian samada diperingkat BA mahupun MA, Alhamdulillah susah untuk memulihkan semangat untuk menyambung pengajian . kesibukan peribadi atau bahasa yang paling sedap jaga perut sendiri menyebabkan kawan lain makan hati. Sekiranya masih wujud generasi jaga perut sendiri dan tidak memperdulikan status boleh atau tidak anak muridnya, cerah masa depan menempa kehancuran.
Apakah kita sudah berada di zon selesa sebagai seorang pendidik yang tidak terlibat dengan sebarang penyahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya. Tetapi apakah kita pasti kita tidak terlibat dengan sahabat yang bersubahat. Ini hakikat yang paling saya risau dan bimbang kadang-kadang rasa tersubahat kadang-kadang rasa bersubahat kadang-kadang rasa disubahat.

25 Mei 2009

BAHANG DEMAM E PELAPORAN AKAN BERMULA

e-pelaporan kian terasa bahangnya apabila persidangan semua JU daerah telah diadakan pada 25.5.2009. Sedar atau tidak kita telah berada di zon pertengahan tahun bahang demam e- pelaporan kian terasa,ustaz Akmal Ahmad JU e-pelaporan kebangsaan telah memberi taklimat kepada semua JU yang hadir. semangat setiap daerah membuak-buak bagi memastikan pelaporan dapat disiapkan dengan lebih telus dan berkualiti.Apa yang menariknya format pelaporan tahun ini tidak boleh copy dan paste. ketelusan kian teruji,kejujuran menjadi satu kepastian kebenaran tidak diterjemahkan.
begitu juga tahun yang dinantikan keputusan kian mendampingi kita semua. kebimbangan, kerisauan dan keresahan hanya terukir pada wajah mereka yang merenung jauh akan tanggungjawab program j-QAF ini.diharapkan semua guru jQAF dapat melaksanakan tugas ini dengan penuh tanggungjawab......walaupun dimana anda berada tidak kira samada di IPG ataupun kemana saja...............

16 Mei 2009

PENGORBANAN GURU jQAF......... SELAMAT HARI GURU

Bermula dengan gelaran guru dalam latihan (GDL) guru jQAF mula bertapak di IPG selama 2 minggu kemudiannya mengorak langkah ke sekolah dengan seribu satu harapan serta meletakan pandangan yang positif besemangat waja untukmendidik anak bangsa. Taraf GDL disekolah diberi elaun yang banyak, RM 1300 adalah amat besar di era miilenium ini berbanding dengan guru yang pernah berada di maktab perguruan kira-kira 20 tahun yang lalu dengan elaun hanya dalam lingkungan RM300 (kalau salah mohon maaf). Dengan elaun ini mungkin kita mampu untuk menyelesaikan banyak perkara seperti bayaran balik PTPTN sewa rumah, ansuran kereta, bayaran pengasuh anak dan sebagainya.

Melangkah kaki memasuki pintu pejabat sekolah bersama-sama rakan seperjuangan bertemu dengan pentadbir . Setelah berkenalan dengan panjang lebar dengan ini di ijazahkan jadual waktu GPI tahun satu kepada guru jQAF . “pandai-pandai la kamu bahagi-bahagikan jadual itu.” Kata pentad bir sekolah. Maka bermula lah episod memugar disekolah tersebut. Tetapi ada juga yang bernasib baik seperti ini. “ini jadual kamu , saya telah sediakan jadual waktu untuk kamu semua. Saya berharap kamu semua dapat laksanakan tugas dengan cemerlang.” Dua pendekatan yang berbeza. Seterusnya bersama dengan guru pembimbing, ada guru pembimbing yang jenis bermujamalah ada yang jenis berterus terang slumber semacam.

Sebelum masuk ke kelas seisi perbincangan dengan guru pembimbing bermula kata GPI “saya rasa kamu semua faham dah kot no nak buat macamana orang university ni mesti cekap punya, tasmek dan KBS kamu rancang la nak buat macamana kami GPI ni tak terlibat.” Tapi ada juga yang take care “kamu rancang lepas tue maklum kat ketua panitia kita mesyuarat macamana nak jalankan tasmek dan KBS. Semua ini kita kena libatkan semua GPI dan jQAF” Masalah pula guru jQAF pula yang mandom malas. Orang suruh jaga surau dia pula pi tidoq dalam surau. Ini lah hakikatnya kita tak boleh menuding jadi semuanya sama kita serupa. Bayangkan macamana perasaan guru jQAF yang ada seorang saja di sekolah tuee perik dah pedih tak terkata. Seperti yang berlaku suatu ketika dahulu di sebuah sekolah di daerah KMY dua orang rakan jQAF nya telah kembali ke rahmatullah.

Bersama dengan guru pembimbing terasa sedikit kekuk samada dia atau kita sama sahaja. Memandangkan ini tanggungjawab maka kita abaikan semua itu, begitu juga murid 2 tercengang melihat ramai guru masuk ke kelas mereka, sebelum ini hanya seorang sahaja yang kenapa ramai pula ni. Lalu murid pun bertanya “pasaipa ustazah masuk ramai ustaz pun ada juga.”tersenyum kita dengan soalan itu. Begitu juga dengan rakan guru yang lain setiap kali lalu kelas kita mereka akan memerhati secara sinis. Perlukah kita menerangkan kepada semua rakan guru kenapa kita masuk beramai kekelas. Abaikan semua itu tidak penting yang penting budak boleh baca Quran. Selesai kelas PnP masuk pula arena tasmek...... antara waris dengan guru jQAF pula. Sedang asyik ustazah memanggil nama budak tasmek waris dengan slumber masuk mengambil anaknya tanpa menyatakan sepatah kalimah kepada ustazah. Apa boleh buat hati begitu terguris pendam saja lah. Belum habis tasmek budak datang pula seorang guru katanya kepada ustazah jQAF “hari ini kita ada ko kurikulum saya tak boleh datang ko ku nak balik ambil anak hari ini tiada siapa nak jaga ,maaf yerr...... ” sekelumit di hati ustazah dia seorang ja ka yang ada anak kita tak ada anak kerr.... Nampak nya tiap- tiap bulan kena tambah duit lebih la kat pengasuh kalau selalu ambil anak lewat ... untuk memujuk hati tidak mengapa elaun RM 1300 banyak tue jangan bimbang boleh bayar punya.

Tetapi yang paling sedih apabila rakan jqaf sendiri tidak memberi kerjasama untuk tasmek apatah lagi untuk aktiviti ko ku, kononnya dia adalah opsyen bahasa arab tak perlu tasmek . Pekeliling mana di guna pun kita tak tau. Demi menjaga nama baik program jQAF dan juga status Guru Pendidikan Islam maka rakan jQAF yang lain terpaksa take over tapi sampai bila keadaan ini akan berlaku. sudah tentu tiada kesudahannya. Mengenangkan perjuangan yang masih jauh perlukah untuk kita bermasam muka sesama rakan mahu pun pentadbir sekolah, sudah tentu kita mencari jalan terbaik untuk selesaikannya.

Merujuk kepada khatam AlQuran pula ramai yang merungut termasuk lah saya suatu ketika dahulu merungut budak tak boleh baca Al Quran macamana nak bagi mereka baca tetapi apabila saya melihat secara positif system BIG yang diperkenalkan oleh BPI ada baiknya. Tetapi jika melihat secara negative akan negative sampai mati. Pernah saya menulis tentang khatam Al Quran suatu ketika dahulu itu lah haikatnya. Di saat guru jQAF memikirkan dan mengatur segala program untuk celik Al Quran pentadbir sekolah tidak pernah peduli mereka hanya tahu singnature pemantauan tidak pernah dilakukan atau bahasa yang paling mudah tak Tanya khabar langsung tetapi ada sekolah pentadbir meminta rekod bacaan Al Quran 2 bulan sekali dan sebagainya. Sebahagian pentadbir sekolah melihat guru jQAf ini tiada fungsi di sekolah tak lebih sebagai guru yang menggantikan ketidakhadiran guru lain digunakan ketika di perlukan sebagai jawatankuasa dokumentasi , buku programdan sebagai nya yang lebih menarik guru jQAF diminta untuk membuat Headcount untuk subjek BI.

KBS dilaksanakan pada hari sabtu jika nak minta tolong semua guru pada setiap fasa kedengaran bahasa yang kurang sedap didengar. Kursus LDP juga dijalankan pada hari sabtu itupun tak kira dengan program lain lagi. Bolehkah kita istilah guru jQAF tiada cuti..... kehadiran budak amat mendukacitakan ... apakah perlu kita kerumahnya untuk mengajar KBS. Saya amat bimbang kalau kita ke rumah murid tersebut ujian yang besar Allah berikan kepada kita tak tertanggung rasanya... siapa yang akan bantu kita rekod prestasi kerja sudah tercalar walau kita tidak bersalah......

Melihat pengorbanan sahabat kita yang berada di pendalaman sabah dan Sarawak juga tak ternilai jasa mereka . kerja mereka satu hari, keluar pukul 7 pulang pukul 6 setiap hari mengalahkan masa pejabat. Tiada tuntutan perjalanan pula tu. Hanya elaun tambahan yang di perolehi setiap bulan. Ada sahabat kita yang berda di kucing masa mengajar 40 waktu lebih dalam seminggu. Berbeza dengan kita di semenanjung. Saya tak dapat bayangkan 4o waktu lebih masa rehatnya dimana agaknya. Sehingga kini kita belun jelas tentang had waktu maksimum untuk guru jQAF.

Semua paparan yang saya coretkan ini adalah hasil kutipan daripada sahabaat2 melalui telefon , internet, pertemuan dan juga perbincangan secara tidak langsung.... walau pun usia program jQAF terlalu muda saya menyifatkan pengorbanan guru jQAF amat lah besar..... untuk akhirnya

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK

18 April 2009

KEWAJARAN KESATUAN GURU JQAF SATU KEPASTIAN

kewajaran penubuhan kesatuan guru jQAF adalah sudah pasti. Kewujudan kesatuan ini juga bukan hanya bertujuan untuk menjaga DG atau gaji semata -mata bahkan mengatur perancangan didalam menjana modal insan generasi AlQuran.sememangnya di peringkat awal ini amat rumit untuk melaksanakannya dan terpaksa mengharungi liku-liku perjuangan yang penuh mencabar. Tetapi ini yang akan melakar sejarah perjuangan kewujudan programjQAF. Mengimbau kembali kenangan yang lalu disaat kita mula masuk kesekolah dan bergelar guru jQAfF pada 2005, teruk juga kena mugar. pada saya amat lekeh dan ceroi la kalu kita tak dak kesatuan nie. kita sekarang ini tak lebih hidup bergantung harap dengan orang lain, maklumat tidak dicari mengharapkan seseorang yang akan menyuapkan kita. Sampai bila keadaan ini akan terjadi
Baru -baru saya mendapat panggilan telefon dari seorang kawan yang berjiran dengan negeri kita, beliau menceritakan kepada saya dia terpaksa menunda tarikh KBS kerana kerap bertembung dengan pelbagai program termasuk la LDP sekolah ganti kem motivasi dan sebagainya. Tetapi alhamdulillah kali ini GBnya kata kita buat KBS tak leh tunda dah. Bayangkan kalu lah BOS yang jenis tak peduli ngn KBS dan mereka merasakan kita jQAF tiada fungsi kat sekolah alangkah sedihnya hati ini.
kebanyakan di sekolah rendah kurang penyandang DG41 melainkan kalangan kita sahaja, maka kewujudan Guru Bestari penyandang layak DG41 dengan waktu hanya 8 waktu seminggu maka guru jQAF juga diperhatikan mcmana dengan bebudak kita dan juga rakan kita. sama-samalah kita fikirkan

10 April 2009

KBS FASA 2 TAHUN 3



khamis 9.4.2009 telah diadakan KBS fasa ke 2 untuk tahun 3. Cuaca hujan pada hari tersebut tidak membantutkan program yang telah dirancang. Walaupun pada awalnya akan dilaksanakan di dewan terbuka, oleh kerana keadaan tidak mengizinkan untuk dilaksanakan di tempat tersebut, Surau yang kecil mampu memuatkan murid seramai 150 orang lebih.
Sekalung penghargaan kepada guru2 jQAF SK Si puteh dan seluruh warga kantin

03 April 2009

MESYUARAT AGONG PIBG

waris yang perihatin
bermesyuarat dengan tenang

pada 1 april mesyuarat agong PIBG telah diadakan di sekolah kebangsaan Siputeh banyak usul di perbahaskan demi untuk meningkatkan prestasi sekolah. Para waris pula begitu komited didalam membahas usul yang diutarakan.

24 Mac 2009

komen dan complain realiti hari ini

Alhamdulillah syukur kehadarat Ilahi kerana semua PKG atau zon di negeri kedah ini telah selesai mengadakan aktiviti tahunan MTQ, hanya tinggal ke peringkat daerah sahaja yang akan berlangsung pada 28 mac ini . Saya merasakan seperti biasa rasa tidak puas hati semestinya kedengaran dikalangan kita guru-guru agama. Sentiasa melemparkan komen dan complain tanpa memikirkan semua itu adalah tanggungjawab bersama. Kesilapan yang sedikit di perbesarkan dan akhirnya menjadi perbualan harian disekolah. Apa yang sedihnya komen dan complain tersebut dilontarkan tanpa memikir rakan-rakan kita guru akademik juga terlibat sebagai hakim dalam majlis tersebut. Ini menggambarkan seolah-olah guru-guru agama tidak tahu mengurus ataupun gerak kerja guru agama tiada persefahaman, ataupun menggambarkan kepada mereka, guru agama memang kuat complain. saya bersetuju komen dan teguran membina dengan menggunakan platform yang betul. Mudah-mudahan kita akan dapat menambah baik program tersebut.
Apa yang menariknya sekiranya keputusan yang diperolehi mencapai hasrat yang diidamkan maka kegembiraan itu tidak dapat di terjemahkan.akan tetapi sekiranya keputusan yang diperolehi sebaliknya maka complain dan komen yang dilepaskan.Ini lah hakikat dan suasana yang berlaku. Wlaupun pada hakikatnya sifulan itu tidak pernah melatih muridnya. Selain itu juga keresahan hati yang amat sangat pada diri setiap orang guru sekiranya tewas atau kecundang dalam perlawanan. Ini adalah kerana bagaimana hendak mempersembahkan kepada pengetua/Guru Besar tentang situasi yang dihadapi.
Berbeza dengan suasana berada disekolah khsusnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. keputusan peperiksaan menjadi kayu pengukur tahap pencapaian pelajar. Tidak ada sesiapa nak komen atau complain jikalau pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan. seandainya ada yang membuat teguran maka disifatkan sebagai terlalu kasar tidak menjaga hati dan perasaan orang lain. situasi ini juga berlaku didalam majlis MTQ, komen yang dilontarkan adakah memikirkan hati dan perasaan orang lain..... cuba lah kita fikirkan sejenak....... Klau kita baca penulisan Us Rushdan dalam blognya menggambarkan kegusaran dan juga keresahan beliau tentang nasib anak-anak Islam kita. Adakah kita pasti semua pelajar muslim akan boleh membaca Al Quran pada masa akan datang. Tidakkah kita rasa bersalah sekiranya pelajar kita tidak boleh membaca Al Quran diatas kelalaian yang telah direka cipta oleh diri sendiri. kesibukan yang dicari dengan menyibukan diri dengan kerja dan tugas orang lain maka terabailah mereka ini dengani AlQuran. kesibukan yang dicari menyebabkan orang lain mengoyangkan kaki akhirnya pelajar kita menjadi buta dan tuli. Tetapi sekiranya tidak melibatkan diri dianggap jumud dan pentingkan perut sendiri. Aduhai bagaimana hendak hadapi. Hati -hati ketika memerhati, tak akan puas hati kalau tak kena dihati.maka akan terasa hati dan makan hati ditambah pula dengan sakit hati lebih parah kalau jatuh hati. Lebih baik berhati-hati kalu jadi pemerhati.

22 Februari 2009

MODEL KHATAM AL-QURAN KE SEKOLAH MENENGAH SATU PANDANGAN

Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T barang sesiapa yang membacanya nescaya akan memperolehi ganjaran pahala. Apatah lagi bagi mereka yang menjadi murabbi atau tok guru Al Quran sudah pasti berlipat ganda pahalanya. Bukan semua ustaz dan ustazah boleh jadi tok guru Al Quran, kalau dahulunya (sebelum wujudnya program jQAF) di dalam kelas hanya ditekankan ayat-ayat kefahaman dan juga hafazan sahaja tetapi kini ustaz ustazah di kehendaki mengajar sampai khatam Al Quran, alangkah indahnya system pendidikan hari ini kerana ingin memartabatkan dan memperkasakan pendidikan Islam. Sekiranya kita masih diulik mimpi kerana sedapnya tidur dalam lena dan malas bangun untuk meletakkan kehebatan diri pada masyarakat umum sudah tentu semua orang akan menuding jari ke arah kita di atas semua kegagalan yang dirancang.
Usaha untuk meneruskan pendidikan Al Quran di sekolah menengah adalah satu usaha yang amat baik. Sedar atau tidak, kita hari ini hanya menekan kaedah menjawab soalan hanya menumpukan peperiksaan semata-mata. Suasana ini pernah saya lalui ketika saya berada dibangku sekolah suatu ketika dahulu sebagai seorang murid. Peperiksaan penting Al Quran lagi penting. Ibu bapa tidak merasa gusar sekiranya anaknya tidak mampu untuk membaca AlQuran. Akan tetapi sekiranya tidak memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan akan merasakan sebaliknya. Mungkin apabila kehadiran Khatam AlQuran ini akan mengganggu peperiksaan seperti PMR,SPM dan sebagainya. Adakah kita setuju dengan kenyataan ini?
Saya teringat persoalan dan kata-kata Ustaz Ismail B Noh pensyarah IPDA semasa saya menghadiri kursus LPBS jQAF pada tahun 2005. Dia mempersoalkan apakah yang kamu semua faham tentang Al Quran dan disiplin Al Quran, macam macam jawapan yang diberikan. Apabila beliau mengatakan hari ini orang sudah tidak memperdulikan Al Quran,tiba-tiba air matanya bergenang didalam kelopak matanya sunyi seketika dewan zaaba. Sambung beliau masyarakat sudah tidak displin dengan Al Quran, belajar Al Quran hanya pada umur 12 tahun kebawah sahaja apabila masuk ke sekolah menengah,university dan juga di alam pekerjaan AlQuran sudah tidak dipelajari lagi. Adakah kita displin dengan AlQuran. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau menerima sanad AlQuran dengan sheikh Al Azhar dan Al Quran tersebut beliau tidak akan berikan kepada sesiapa hatta anaknya sendiri kecuali berguru dengannya. Terkedu saya mendengar kata-kata Us Ismail, reality ini lah yang berlaku pada kita semua agaknya. Sekali lagi saya tegaskan amat baik pendidikan Al Quran atau kita sebut khatam Al Quran di teruskan di sekolah menengah bagi memelihara disiplin Al Quran dan memastikan semua pelajar muslim celik AlQuran.
Disiplin Quran ini saya cuba nak aplikasikan di sekolah tetapi semua orang tidak setuju dengan alasan masa tidak mencukupi. Dalam mesyuarat saya cadangkan jadual waktu tidak di anjalkan atau tidak berkembar. Sekiranya 4 waktu untuk AlQuran tidak dianjalkan maka kita dapat berjumpa dengan murid tersebut selama 4 hari untuk Al Quran. Budak tidak akan lupa sebab kita bertemu mereka setiap hari kecuali 1 hari untuk jawi atau Ulum. Kita dulu pun belajar AlQuran di kampung seminggu 5 kali. Bacaan AlQuran yang telah ditetapkan oleh kementerian adalah bertepatan kerana dalam satu minggu keseluruhannya ada 4 muka surat dan 6 muka surat. Ini bermakna sekiranya masa tidak dianjalkan satu masa hanya satu atau dua muka surat tetapi kalu masa dianjalkan maka setiap pertemuan hendaklah baca 2 hingga 3 muka surat. Budak tidak mampu untuk ikut membaca 4 muka surat sekaligus. Pada saya masa tidak pernah cukup untuk kita. Jika kita melihat system yang ada di SRIDA setiap pagi mesti subjek Al Quran macam kita disekolah setiap pagi mesti pendidikan jasmani. Apakah menjadi kesalahan jika kita membaca Al Quran setiap hari di sekolah. Masalah sekarang nak letakan waktu penddikan Islam di awal waktu pun susah, yang paling sedih di letakan di waktu akhir pnp maka bergegas guru-guru jQAF untuk melaksanakan kelas Tasmek diluar jadual waktu. Manakala guru-guru lain bergegas menuju ke kenderaan masing-masing. Semua ini tidak menjadi masalah kerana ini adalah kewajipan dan perjanjian yang dibuat semasa memohon untukmenjadi seorang guru pendidikan Islam jQAF suatu ketika dahulu. Apa yang pasti kita bangga dengan murid kita apabila mereka dapat membaca AlQuran.
Adakah kita sedar setiap murid yang mampu membaca AlQuran hasil daripada penat jerih kita di sekolah ataupun kita hanya melukut ditepi gantang dengan kita hanya meneruskan hasil usaha orang lain. Sekiranya murid tersebut tidak mampu untuk membaca, perkataan ini selalu diungkapkan, “budak ni balik rumah tak mengaji Quran langsung.” Bagi saya semua ini tidak penting yang penting semua umat Islam mampu membaca dan Khatam AlQuran. Sikap membangga diri dan menuding jari kearah orang lain didalam menjayakan sesuatu program sudah lama ditelan zaman. sebaliknya kita perlu bangun mengatur strategi untuk melahirkan generasi AlQuran.
Sekiranya model khatam AlQuran hanya di sekolah rendah sahaja saya amat bimbang pelajar akan lupa AlQuran dan yang paling membimbangkan ialah pelajar sudah tidak tahu membaca AlQuran kerana mereka belajar AlQuran dengan menggunakan kaedah Iqra (baca terus) berbeza dengan kaedah Baghdadi perlu mengeja terlebih dahulu. Seandainya usaha ini di teruskan ke sekolah menengah maka kesinambungan dan disiplin AlQuran terus terpelihara. Begitu juga dengan pelajar yang masih tidak dapat membaca AlQuran mungkin mereka dapat dipulihkan pada peringkat sekolah menengah. Kita juga harus sedar bahawa tidak semua benda diatas dunia ini boleh dilaksanakan secara segera, perlu step by step dan jangan gelojoh tetapi perlu ada target. Adalah satu usaha yang sia-sia setelah diusahakan sekian lama di peringkat sekolah rendah dengan memerah keringat yang ada akhirnya terkubur begitu sahaja.
Sekolah menengah yang ada kelas aliran agama hanya mengambil pelajar yang cemerlang dan menguasai AlQuran bagaimana pula dengan pelajar yang kurang cemerlang dan tidak dapat menguasai AlQuran ? adakah dibiarkan begitu sahaja?. Maka sia-sia lah usaha kita selama ini. Perkara ini yang perlu difikirkan dan saya percaya semua orang memikirkannya apatah lagi dikalangan pegawai atasan.
Oleh itu pemikiran positif perlu terkehadapan memikirkan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku mudah-mudahan tiada yang akan jadi mangsa dan pemangsa ,tiada yang teraniaya dan tiada yang menganiaya. Mudah-mudahan tiada kalam yang kurang sedap di dengar seperti model khatam AlQuran ini menyusahkan mereka yang berada di zon selesa. Semoga kita dapat memperkasakan pendidikan Islam dan memartabatkannya dimata dunia.

17 Januari 2009

TASMEK DULU KINI DAN SELAMANYA


Perlaksanaan tasmek di sekolah-sekolah yang menjalankan program jQAF telah masuk tahun yang ke lima. Namun demikian konsep perlaksanaannya masih kabur dikalangan pihak pengurusan dan juga dikalangan guru-guru pendidikan Islam bahkan guru-guru jqaf sendiri. Merujuk kepada pekeliling bil 13 /2004 perkara 3.3guru jqaf bertanggungjawab melaksanakan model tasmek. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila di perlukan. Akan tetapi yang kurang sedap pihak pengurusan mengarahkan guru jqaf menyediakan jadual dan memberi kepada guru Pendidikan Islam, seolah-olah guru jqaf yang mengarah dan mengatur GPI dan menyebabkan perselisihan faham orang baru mengarahkan orang lama dan menyusahkan mereka. Sekiranya guru JQAF menyuarakan persoalan ini kepada pengurusan sekolah maka guru tersebut akan di band oleh pihak pengurusan dan ini akan melibatkan prestasi guru akan down. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pelaksana .

Ketidakhadiran pebimbing tasmek didalam mana-mana mesyuarat samada mesyuarat staff,PIBG, rumah sukan dan panitia akan menimbulkan cakap-cakap belakang dikalangan rakan guru dan memperkudakan mereka yang tidak hadir mesyuarat dengan terpaksa menerima semua keputusan yang telah di putuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat perlu dijalankan Tasmek mesti dilaksanakan.

Amat sukar untuk memahamkan mereka yang tidak ingin memahami konsep program jqaf ini. Sepanjang pemerhatian saya boleh dikatakan majority guru tidak suka balik lambat. Oleh itu susah untuk orang menolong kita apabila di luar waktu pnp. Sekiranya ia berlaku didalam waktu pnp saya merasakan semua orang mahu membantu dengan syarat mereka berada di zon selesa iaitu pulang seperti biasa loceng1:15 bergegas mencari kenderaan masing-masing, tetapi ianya adalah bersalahan dengan dasar dan konsep perlaksanaan.

Sepanjang pengetahuan saya ,ada sesetengah sekolah melaksana tasmek didalam jadual waktu pnp biasa. Kekurangan guru dan lambakan murid menjadi masalah utama terutama bagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 seisi. Masalah yang paling besar apabila bahasa arab juga di letakan diluar jadual waktu yang menyebabkan guru BA jqaf tidak dapat sama-sama untuk tasmek. Penglibatan Guru Pendidikan Islam (GPI) didalam tasmek sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang timbul akan tetapi apabila mereka perlu hadir ke kelas tasmek setiap hari ini menjadi masalah bagi mereka kerana sebelum ini mereka berada di zon selesa.

Guru- guru PPSMI yang diberi elaun tambahan tidak perlu balik lewat sedangkan GPI tiada elaun tambahan dibebani dengan pelbagai tugas. Bunyi sebegini pernah kedengaran suatu ketika dahulu dengan membandingbezakan dengan orang lain dan perbezaan DG guru jqaf dan GPI Saya memahami keadaan yang dihadapi, tanggungjawab keluarga dan juga tanggungjawab sebagai pendidik. Saya setuju dengan pendapat akhimizi didalam blognya kita tidak boleh lakukan kerja dalam keadaan tetekan.sekiranya ini terjadi maka akan memberi kesan kepada anak-anak didik. Difahamkan juga ada GPI yang sanggup tasmek setiap hari Alhamdulillah bahagia sekolah tersebut dan diharapkan jgn la pula guru jqaf menjadi mandom dan pemalas pula. Ada juga GPI tidak masuk tasmek tetapi balik lewat dan sanggup duduk saja dalam bilik guru, pening semua ini bila dengar macam-macam cerita .

Seperkara lagi apabila murid tidak hadir kelas tasmek dengan alasan mahu ke kelas tuisyen atau kelas AlQuran berbayar khusus bagi sekolah dalam bandar kerana mereka lebih selesa dengan kelas tambahan di luar sekolah sebagai contoh ada sebuah pusat pengajian Al Quran di Bandar Alor setar sangat strait berpegang kepada peraturan yang telah di tetapkan sebelum pukul 3 petang murid-murid mesti berada di kawasan pusat pengajian tersebut. Maka waris datang jumpa guru jqaf sendiri menyatakan persoalan demikian. Susah juga nak selesaikan semua ini.

Macamana pula tahun hadapan semua murid jqaf akan menduduki peperiksaan UPSR kelas tasmek atau kelas tuisyen menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan aktiviti Ko Kurikulum sehingga sehari suntuk murid dan guru berada di sekolah. Kadang-kadang ada waris menyungut kesian anak mereka terlalu letih sehari suntuk berada di sekolah lepas tasmek terus masuk kelas KAFA malam pula terus tidur kekadang tak sempat menyiapkan kerja rumah. Pada saya inilah sikap orang kita yang manjakan anak yang akhirnya menimbulkan masalah pada keluarga. Kita melihat sikap orang cina pergi ke sekolah gelap pulang pun gelap ditambah pula dengan membawa bermacam-macam bekal yang telah di tapau.

Dalam mengaharungi liku-liku sebagai pendidik ini lah yang perlu ditempuhi.Ketaqwaan kesabaran kerdhoan keikhlasan menjadi tunjang perjuangan. Saya menulis ini bukan luahan perasaan tetapi hanya untuk menyampaikan apa saya terima daripada rakan jqaf yang lain untuk menjadi renungan kita bersama. Mudah-mudah kita dapat mencambahkan idea demi untuk menambahbaikan program jqaf model tasmek ini. Tiada niat untuk mencari kesalahan dan memburukan sesiapa hanya merungkai permasalahan yang timbul.

mesyuarat panitia pendidikan islam



15 januari2009 mesyuarat panitia telah dijalankan dengan jaya banyak perkara dibincangkan bersama-sama dengan PKKK cikgu IbrahimB Omar.mudah-mudahan program yang dirancang pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar hendaknya.Dengan tenaga yang ramai dapat melicinkan segala gerak kerja yang diatur. PKKK berharap program jqaf dapat berjalan dengan lancar, beliau telah menekakan pemulihan jawi dan khatam alquran agar dapat mengenal pasti bilangan murid menguasai dan belum menguasai.

05 Januari 2009

hari pertama persekolahan

4 januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2009. Saya rasa Semua sekolah di lawati oleh Pegawai PPD atau pegawai JPN. SK Siputeh telah dilawati oleh Pn Osma selaku mentor sekolah. Beliau berada di sekolah kami hampir separuh hari memantau apa yang berlaku pd hari pertama persekolahan. tahun ini sekolah kami menerima 3 orang guru baru salah seorgnya ustazah dr Sabah ustazah Nashitoh. mudah mudahan gerak kerja untuk pen Islam akan bertambah hebat hendaknya.