30 November 2008

PENGALAMAN MENGAWAS SPM

SPM 2008 hampir selesai, buat pertama kali mengawas peperiksaan SPM pada tahun ini maka tercerna pengalaman baru dalam kehidupan saya yang bergelar sebagai guru. Apa yang menariknya saya diamanahkan untuk mengawas sekolah yang di kategorikan gred A di negeri kedah ini, letih juga dibuatnya almaklumlah pelajar-pelajar yang cerdik sentiasa meminta helaian tambahan, keluar dari bilik peperiksaan on time . Apabila melihat mereka diluar dan didalam bilik peperiksaan teringat pula zaman saya mengambil SPM pada tahun 1996 di SMURaudzatul ulum (namanya sudah terkubur).
Sepanjang saya mengawas SPM ini hanya subjek Pendidikan Islam yang menjadi tumpuan saya almaklumlah ustaz katakan. Lagipun kita ni nak memperkasakan pendidikan Islam. Saya rasa pelik dan hairan kerana semua pelajarnya menjawab didalam tulisan rumi. Pada hemat saya sekolah hebat mesti jawab dalam tulisan jawi sepertimana mereka mampu menjawab subjek math sains biology dan sebagainya dalam bahasa inggeris. Tak tahu lah kalu sememangnya calon-calon dikehendaki menjawab didalam tulisan rumi, sekiranya itu yang dikehendaki maka pandangan saya tidak tepat saya mohon maaf, tapi seingat saya masa saya menduduki SPM dulu kami jawab dalam tulisan jawi, mungkin masa sudah berubah dunia sudah maju. Yang peliknya lagi tulisan selawat keatas nabi pun tak betul. Tak pa la kita sangka baik mungkin mata saya yang tersalah pandang atau mungkin calon tersebut menggunakan khat yang menarik sebab saya tak pandai dalam bab khat ni atau calon tersebut terlepas pandang.
Oleh itu saya merasakan amat wajar YAB Perdana Menteri merencakan program jQAF yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Mengembalikan kefahaman Islam dengan lebih sistematik dan mengembalikan budaya melayu yang hakiki. Tulisan jawi suatu ketika dahulu menjadi tulisan rasmi tapi sekarang entah kemana hatta guru bahasa melayu pun tidak tahu membaca dan menulis jawi padahal suatu ketika dahulu mereka yang mengajar subjek tersebut yang kita sebut sebagai BMJ (bahasa melayu jawi). Dalam pemerhatian saya, hanya sekolah rendah Islam darulaman SRIDA yang menjana BMJ ini. Kini ita diperkenalkan dengan Program jQAF dan dipertanggungjawabkan kepada ustaz dan ustazah. Perancangan yang mantap dan perlaksanaan yang mengancam dapat melahirkan modal insan yang berbudaya melayu yang mengangkat martabat Islam. Menyedari haikat ini saya menyeru seluruh orang kampung j-QAF supaya dapat mengorak langkah dengan lebih pantas untuk menjayakan program ini.

Tiada ulasan: