24 Mac 2009

komen dan complain realiti hari ini

Alhamdulillah syukur kehadarat Ilahi kerana semua PKG atau zon di negeri kedah ini telah selesai mengadakan aktiviti tahunan MTQ, hanya tinggal ke peringkat daerah sahaja yang akan berlangsung pada 28 mac ini . Saya merasakan seperti biasa rasa tidak puas hati semestinya kedengaran dikalangan kita guru-guru agama. Sentiasa melemparkan komen dan complain tanpa memikirkan semua itu adalah tanggungjawab bersama. Kesilapan yang sedikit di perbesarkan dan akhirnya menjadi perbualan harian disekolah. Apa yang sedihnya komen dan complain tersebut dilontarkan tanpa memikir rakan-rakan kita guru akademik juga terlibat sebagai hakim dalam majlis tersebut. Ini menggambarkan seolah-olah guru-guru agama tidak tahu mengurus ataupun gerak kerja guru agama tiada persefahaman, ataupun menggambarkan kepada mereka, guru agama memang kuat complain. saya bersetuju komen dan teguran membina dengan menggunakan platform yang betul. Mudah-mudahan kita akan dapat menambah baik program tersebut.
Apa yang menariknya sekiranya keputusan yang diperolehi mencapai hasrat yang diidamkan maka kegembiraan itu tidak dapat di terjemahkan.akan tetapi sekiranya keputusan yang diperolehi sebaliknya maka complain dan komen yang dilepaskan.Ini lah hakikat dan suasana yang berlaku. Wlaupun pada hakikatnya sifulan itu tidak pernah melatih muridnya. Selain itu juga keresahan hati yang amat sangat pada diri setiap orang guru sekiranya tewas atau kecundang dalam perlawanan. Ini adalah kerana bagaimana hendak mempersembahkan kepada pengetua/Guru Besar tentang situasi yang dihadapi.
Berbeza dengan suasana berada disekolah khsusnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. keputusan peperiksaan menjadi kayu pengukur tahap pencapaian pelajar. Tidak ada sesiapa nak komen atau complain jikalau pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan. seandainya ada yang membuat teguran maka disifatkan sebagai terlalu kasar tidak menjaga hati dan perasaan orang lain. situasi ini juga berlaku didalam majlis MTQ, komen yang dilontarkan adakah memikirkan hati dan perasaan orang lain..... cuba lah kita fikirkan sejenak....... Klau kita baca penulisan Us Rushdan dalam blognya menggambarkan kegusaran dan juga keresahan beliau tentang nasib anak-anak Islam kita. Adakah kita pasti semua pelajar muslim akan boleh membaca Al Quran pada masa akan datang. Tidakkah kita rasa bersalah sekiranya pelajar kita tidak boleh membaca Al Quran diatas kelalaian yang telah direka cipta oleh diri sendiri. kesibukan yang dicari dengan menyibukan diri dengan kerja dan tugas orang lain maka terabailah mereka ini dengani AlQuran. kesibukan yang dicari menyebabkan orang lain mengoyangkan kaki akhirnya pelajar kita menjadi buta dan tuli. Tetapi sekiranya tidak melibatkan diri dianggap jumud dan pentingkan perut sendiri. Aduhai bagaimana hendak hadapi. Hati -hati ketika memerhati, tak akan puas hati kalau tak kena dihati.maka akan terasa hati dan makan hati ditambah pula dengan sakit hati lebih parah kalau jatuh hati. Lebih baik berhati-hati kalu jadi pemerhati.

22 Februari 2009

MODEL KHATAM AL-QURAN KE SEKOLAH MENENGAH SATU PANDANGAN

Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T barang sesiapa yang membacanya nescaya akan memperolehi ganjaran pahala. Apatah lagi bagi mereka yang menjadi murabbi atau tok guru Al Quran sudah pasti berlipat ganda pahalanya. Bukan semua ustaz dan ustazah boleh jadi tok guru Al Quran, kalau dahulunya (sebelum wujudnya program jQAF) di dalam kelas hanya ditekankan ayat-ayat kefahaman dan juga hafazan sahaja tetapi kini ustaz ustazah di kehendaki mengajar sampai khatam Al Quran, alangkah indahnya system pendidikan hari ini kerana ingin memartabatkan dan memperkasakan pendidikan Islam. Sekiranya kita masih diulik mimpi kerana sedapnya tidur dalam lena dan malas bangun untuk meletakkan kehebatan diri pada masyarakat umum sudah tentu semua orang akan menuding jari ke arah kita di atas semua kegagalan yang dirancang.
Usaha untuk meneruskan pendidikan Al Quran di sekolah menengah adalah satu usaha yang amat baik. Sedar atau tidak, kita hari ini hanya menekan kaedah menjawab soalan hanya menumpukan peperiksaan semata-mata. Suasana ini pernah saya lalui ketika saya berada dibangku sekolah suatu ketika dahulu sebagai seorang murid. Peperiksaan penting Al Quran lagi penting. Ibu bapa tidak merasa gusar sekiranya anaknya tidak mampu untuk membaca AlQuran. Akan tetapi sekiranya tidak memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan akan merasakan sebaliknya. Mungkin apabila kehadiran Khatam AlQuran ini akan mengganggu peperiksaan seperti PMR,SPM dan sebagainya. Adakah kita setuju dengan kenyataan ini?
Saya teringat persoalan dan kata-kata Ustaz Ismail B Noh pensyarah IPDA semasa saya menghadiri kursus LPBS jQAF pada tahun 2005. Dia mempersoalkan apakah yang kamu semua faham tentang Al Quran dan disiplin Al Quran, macam macam jawapan yang diberikan. Apabila beliau mengatakan hari ini orang sudah tidak memperdulikan Al Quran,tiba-tiba air matanya bergenang didalam kelopak matanya sunyi seketika dewan zaaba. Sambung beliau masyarakat sudah tidak displin dengan Al Quran, belajar Al Quran hanya pada umur 12 tahun kebawah sahaja apabila masuk ke sekolah menengah,university dan juga di alam pekerjaan AlQuran sudah tidak dipelajari lagi. Adakah kita displin dengan AlQuran. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau menerima sanad AlQuran dengan sheikh Al Azhar dan Al Quran tersebut beliau tidak akan berikan kepada sesiapa hatta anaknya sendiri kecuali berguru dengannya. Terkedu saya mendengar kata-kata Us Ismail, reality ini lah yang berlaku pada kita semua agaknya. Sekali lagi saya tegaskan amat baik pendidikan Al Quran atau kita sebut khatam Al Quran di teruskan di sekolah menengah bagi memelihara disiplin Al Quran dan memastikan semua pelajar muslim celik AlQuran.
Disiplin Quran ini saya cuba nak aplikasikan di sekolah tetapi semua orang tidak setuju dengan alasan masa tidak mencukupi. Dalam mesyuarat saya cadangkan jadual waktu tidak di anjalkan atau tidak berkembar. Sekiranya 4 waktu untuk AlQuran tidak dianjalkan maka kita dapat berjumpa dengan murid tersebut selama 4 hari untuk Al Quran. Budak tidak akan lupa sebab kita bertemu mereka setiap hari kecuali 1 hari untuk jawi atau Ulum. Kita dulu pun belajar AlQuran di kampung seminggu 5 kali. Bacaan AlQuran yang telah ditetapkan oleh kementerian adalah bertepatan kerana dalam satu minggu keseluruhannya ada 4 muka surat dan 6 muka surat. Ini bermakna sekiranya masa tidak dianjalkan satu masa hanya satu atau dua muka surat tetapi kalu masa dianjalkan maka setiap pertemuan hendaklah baca 2 hingga 3 muka surat. Budak tidak mampu untuk ikut membaca 4 muka surat sekaligus. Pada saya masa tidak pernah cukup untuk kita. Jika kita melihat system yang ada di SRIDA setiap pagi mesti subjek Al Quran macam kita disekolah setiap pagi mesti pendidikan jasmani. Apakah menjadi kesalahan jika kita membaca Al Quran setiap hari di sekolah. Masalah sekarang nak letakan waktu penddikan Islam di awal waktu pun susah, yang paling sedih di letakan di waktu akhir pnp maka bergegas guru-guru jQAF untuk melaksanakan kelas Tasmek diluar jadual waktu. Manakala guru-guru lain bergegas menuju ke kenderaan masing-masing. Semua ini tidak menjadi masalah kerana ini adalah kewajipan dan perjanjian yang dibuat semasa memohon untukmenjadi seorang guru pendidikan Islam jQAF suatu ketika dahulu. Apa yang pasti kita bangga dengan murid kita apabila mereka dapat membaca AlQuran.
Adakah kita sedar setiap murid yang mampu membaca AlQuran hasil daripada penat jerih kita di sekolah ataupun kita hanya melukut ditepi gantang dengan kita hanya meneruskan hasil usaha orang lain. Sekiranya murid tersebut tidak mampu untuk membaca, perkataan ini selalu diungkapkan, “budak ni balik rumah tak mengaji Quran langsung.” Bagi saya semua ini tidak penting yang penting semua umat Islam mampu membaca dan Khatam AlQuran. Sikap membangga diri dan menuding jari kearah orang lain didalam menjayakan sesuatu program sudah lama ditelan zaman. sebaliknya kita perlu bangun mengatur strategi untuk melahirkan generasi AlQuran.
Sekiranya model khatam AlQuran hanya di sekolah rendah sahaja saya amat bimbang pelajar akan lupa AlQuran dan yang paling membimbangkan ialah pelajar sudah tidak tahu membaca AlQuran kerana mereka belajar AlQuran dengan menggunakan kaedah Iqra (baca terus) berbeza dengan kaedah Baghdadi perlu mengeja terlebih dahulu. Seandainya usaha ini di teruskan ke sekolah menengah maka kesinambungan dan disiplin AlQuran terus terpelihara. Begitu juga dengan pelajar yang masih tidak dapat membaca AlQuran mungkin mereka dapat dipulihkan pada peringkat sekolah menengah. Kita juga harus sedar bahawa tidak semua benda diatas dunia ini boleh dilaksanakan secara segera, perlu step by step dan jangan gelojoh tetapi perlu ada target. Adalah satu usaha yang sia-sia setelah diusahakan sekian lama di peringkat sekolah rendah dengan memerah keringat yang ada akhirnya terkubur begitu sahaja.
Sekolah menengah yang ada kelas aliran agama hanya mengambil pelajar yang cemerlang dan menguasai AlQuran bagaimana pula dengan pelajar yang kurang cemerlang dan tidak dapat menguasai AlQuran ? adakah dibiarkan begitu sahaja?. Maka sia-sia lah usaha kita selama ini. Perkara ini yang perlu difikirkan dan saya percaya semua orang memikirkannya apatah lagi dikalangan pegawai atasan.
Oleh itu pemikiran positif perlu terkehadapan memikirkan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku mudah-mudahan tiada yang akan jadi mangsa dan pemangsa ,tiada yang teraniaya dan tiada yang menganiaya. Mudah-mudahan tiada kalam yang kurang sedap di dengar seperti model khatam AlQuran ini menyusahkan mereka yang berada di zon selesa. Semoga kita dapat memperkasakan pendidikan Islam dan memartabatkannya dimata dunia.

17 Januari 2009

TASMEK DULU KINI DAN SELAMANYA


Perlaksanaan tasmek di sekolah-sekolah yang menjalankan program jQAF telah masuk tahun yang ke lima. Namun demikian konsep perlaksanaannya masih kabur dikalangan pihak pengurusan dan juga dikalangan guru-guru pendidikan Islam bahkan guru-guru jqaf sendiri. Merujuk kepada pekeliling bil 13 /2004 perkara 3.3guru jqaf bertanggungjawab melaksanakan model tasmek. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila di perlukan. Akan tetapi yang kurang sedap pihak pengurusan mengarahkan guru jqaf menyediakan jadual dan memberi kepada guru Pendidikan Islam, seolah-olah guru jqaf yang mengarah dan mengatur GPI dan menyebabkan perselisihan faham orang baru mengarahkan orang lama dan menyusahkan mereka. Sekiranya guru JQAF menyuarakan persoalan ini kepada pengurusan sekolah maka guru tersebut akan di band oleh pihak pengurusan dan ini akan melibatkan prestasi guru akan down. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pelaksana .

Ketidakhadiran pebimbing tasmek didalam mana-mana mesyuarat samada mesyuarat staff,PIBG, rumah sukan dan panitia akan menimbulkan cakap-cakap belakang dikalangan rakan guru dan memperkudakan mereka yang tidak hadir mesyuarat dengan terpaksa menerima semua keputusan yang telah di putuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat perlu dijalankan Tasmek mesti dilaksanakan.

Amat sukar untuk memahamkan mereka yang tidak ingin memahami konsep program jqaf ini. Sepanjang pemerhatian saya boleh dikatakan majority guru tidak suka balik lambat. Oleh itu susah untuk orang menolong kita apabila di luar waktu pnp. Sekiranya ia berlaku didalam waktu pnp saya merasakan semua orang mahu membantu dengan syarat mereka berada di zon selesa iaitu pulang seperti biasa loceng1:15 bergegas mencari kenderaan masing-masing, tetapi ianya adalah bersalahan dengan dasar dan konsep perlaksanaan.

Sepanjang pengetahuan saya ,ada sesetengah sekolah melaksana tasmek didalam jadual waktu pnp biasa. Kekurangan guru dan lambakan murid menjadi masalah utama terutama bagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 seisi. Masalah yang paling besar apabila bahasa arab juga di letakan diluar jadual waktu yang menyebabkan guru BA jqaf tidak dapat sama-sama untuk tasmek. Penglibatan Guru Pendidikan Islam (GPI) didalam tasmek sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang timbul akan tetapi apabila mereka perlu hadir ke kelas tasmek setiap hari ini menjadi masalah bagi mereka kerana sebelum ini mereka berada di zon selesa.

Guru- guru PPSMI yang diberi elaun tambahan tidak perlu balik lewat sedangkan GPI tiada elaun tambahan dibebani dengan pelbagai tugas. Bunyi sebegini pernah kedengaran suatu ketika dahulu dengan membandingbezakan dengan orang lain dan perbezaan DG guru jqaf dan GPI Saya memahami keadaan yang dihadapi, tanggungjawab keluarga dan juga tanggungjawab sebagai pendidik. Saya setuju dengan pendapat akhimizi didalam blognya kita tidak boleh lakukan kerja dalam keadaan tetekan.sekiranya ini terjadi maka akan memberi kesan kepada anak-anak didik. Difahamkan juga ada GPI yang sanggup tasmek setiap hari Alhamdulillah bahagia sekolah tersebut dan diharapkan jgn la pula guru jqaf menjadi mandom dan pemalas pula. Ada juga GPI tidak masuk tasmek tetapi balik lewat dan sanggup duduk saja dalam bilik guru, pening semua ini bila dengar macam-macam cerita .

Seperkara lagi apabila murid tidak hadir kelas tasmek dengan alasan mahu ke kelas tuisyen atau kelas AlQuran berbayar khusus bagi sekolah dalam bandar kerana mereka lebih selesa dengan kelas tambahan di luar sekolah sebagai contoh ada sebuah pusat pengajian Al Quran di Bandar Alor setar sangat strait berpegang kepada peraturan yang telah di tetapkan sebelum pukul 3 petang murid-murid mesti berada di kawasan pusat pengajian tersebut. Maka waris datang jumpa guru jqaf sendiri menyatakan persoalan demikian. Susah juga nak selesaikan semua ini.

Macamana pula tahun hadapan semua murid jqaf akan menduduki peperiksaan UPSR kelas tasmek atau kelas tuisyen menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan aktiviti Ko Kurikulum sehingga sehari suntuk murid dan guru berada di sekolah. Kadang-kadang ada waris menyungut kesian anak mereka terlalu letih sehari suntuk berada di sekolah lepas tasmek terus masuk kelas KAFA malam pula terus tidur kekadang tak sempat menyiapkan kerja rumah. Pada saya inilah sikap orang kita yang manjakan anak yang akhirnya menimbulkan masalah pada keluarga. Kita melihat sikap orang cina pergi ke sekolah gelap pulang pun gelap ditambah pula dengan membawa bermacam-macam bekal yang telah di tapau.

Dalam mengaharungi liku-liku sebagai pendidik ini lah yang perlu ditempuhi.Ketaqwaan kesabaran kerdhoan keikhlasan menjadi tunjang perjuangan. Saya menulis ini bukan luahan perasaan tetapi hanya untuk menyampaikan apa saya terima daripada rakan jqaf yang lain untuk menjadi renungan kita bersama. Mudah-mudah kita dapat mencambahkan idea demi untuk menambahbaikan program jqaf model tasmek ini. Tiada niat untuk mencari kesalahan dan memburukan sesiapa hanya merungkai permasalahan yang timbul.

mesyuarat panitia pendidikan islam



15 januari2009 mesyuarat panitia telah dijalankan dengan jaya banyak perkara dibincangkan bersama-sama dengan PKKK cikgu IbrahimB Omar.mudah-mudahan program yang dirancang pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar hendaknya.Dengan tenaga yang ramai dapat melicinkan segala gerak kerja yang diatur. PKKK berharap program jqaf dapat berjalan dengan lancar, beliau telah menekakan pemulihan jawi dan khatam alquran agar dapat mengenal pasti bilangan murid menguasai dan belum menguasai.

05 Januari 2009

hari pertama persekolahan

4 januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2009. Saya rasa Semua sekolah di lawati oleh Pegawai PPD atau pegawai JPN. SK Siputeh telah dilawati oleh Pn Osma selaku mentor sekolah. Beliau berada di sekolah kami hampir separuh hari memantau apa yang berlaku pd hari pertama persekolahan. tahun ini sekolah kami menerima 3 orang guru baru salah seorgnya ustazah dr Sabah ustazah Nashitoh. mudah mudahan gerak kerja untuk pen Islam akan bertambah hebat hendaknya.

31 Disember 2008

1430/ 2009 SIAP SEDIA KE SEKOLAH

minggu depan semua warga pendidik akan akan kembali ke sekolah. Lembaran baru pasti bermula cerita baru juga akan muncul tiba.Ada yang tak sabar untuk bertemu anak didik, dan ada yang telah siap segala ABM untuk ke kelas. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Pendidikan Islam kerana telah menyediakan buku panduan rancangan mengajar program jQAF begitu awal. sebelum masuk sekolah dah dapat, jadi bila masuk sekolah bleh jalan terus PnP.Apa pun untuk awai ni kita kena mengasuh dulu la budak-budak tahun satu nie. Saya yakin semua guru jqaf dah kembali ke sekolah mengemas bilik jqaf yg di tinggal sebulan lebih.

01 Disember 2008

pelajar polimas nak tau program jQAF

pada 26 november saya mendapat panggilan daripada pelajar POLIMAS yang mana mereka ini ingin mendapat maklumat mengenai program jQAF ni. terkejut juga saya dibuatnya untuk apa mereka nak tahu,rupanya mereka kena buat assigment mengenai program jqaf nie, hebat juga ustaz mereka ni (us faisal). Dalam keletihan di siang harinya dengan memeriksa kertas soalan pelajar2 yang akan ke SMKA maka saya meminta mereka datang ke rumah untuk mendapatkan maklumat mengenai jQAF. Saya secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz faisal kerana memberi tajuk yang menarik kepada pelajarnya. Sekurang2nya mereka tahu apa itu jQAF. kepada ashraf dan kawannya (saya terlupa namanya) buat lah yang terbaik walaupun hanya assaigment, itu adalah ilmu kepada kamu semua.