17 Januari 2009

TASMEK DULU KINI DAN SELAMANYA


Perlaksanaan tasmek di sekolah-sekolah yang menjalankan program jQAF telah masuk tahun yang ke lima. Namun demikian konsep perlaksanaannya masih kabur dikalangan pihak pengurusan dan juga dikalangan guru-guru pendidikan Islam bahkan guru-guru jqaf sendiri. Merujuk kepada pekeliling bil 13 /2004 perkara 3.3guru jqaf bertanggungjawab melaksanakan model tasmek. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila di perlukan. Akan tetapi yang kurang sedap pihak pengurusan mengarahkan guru jqaf menyediakan jadual dan memberi kepada guru Pendidikan Islam, seolah-olah guru jqaf yang mengarah dan mengatur GPI dan menyebabkan perselisihan faham orang baru mengarahkan orang lama dan menyusahkan mereka. Sekiranya guru JQAF menyuarakan persoalan ini kepada pengurusan sekolah maka guru tersebut akan di band oleh pihak pengurusan dan ini akan melibatkan prestasi guru akan down. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pelaksana .

Ketidakhadiran pebimbing tasmek didalam mana-mana mesyuarat samada mesyuarat staff,PIBG, rumah sukan dan panitia akan menimbulkan cakap-cakap belakang dikalangan rakan guru dan memperkudakan mereka yang tidak hadir mesyuarat dengan terpaksa menerima semua keputusan yang telah di putuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat perlu dijalankan Tasmek mesti dilaksanakan.

Amat sukar untuk memahamkan mereka yang tidak ingin memahami konsep program jqaf ini. Sepanjang pemerhatian saya boleh dikatakan majority guru tidak suka balik lambat. Oleh itu susah untuk orang menolong kita apabila di luar waktu pnp. Sekiranya ia berlaku didalam waktu pnp saya merasakan semua orang mahu membantu dengan syarat mereka berada di zon selesa iaitu pulang seperti biasa loceng1:15 bergegas mencari kenderaan masing-masing, tetapi ianya adalah bersalahan dengan dasar dan konsep perlaksanaan.

Sepanjang pengetahuan saya ,ada sesetengah sekolah melaksana tasmek didalam jadual waktu pnp biasa. Kekurangan guru dan lambakan murid menjadi masalah utama terutama bagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 seisi. Masalah yang paling besar apabila bahasa arab juga di letakan diluar jadual waktu yang menyebabkan guru BA jqaf tidak dapat sama-sama untuk tasmek. Penglibatan Guru Pendidikan Islam (GPI) didalam tasmek sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang timbul akan tetapi apabila mereka perlu hadir ke kelas tasmek setiap hari ini menjadi masalah bagi mereka kerana sebelum ini mereka berada di zon selesa.

Guru- guru PPSMI yang diberi elaun tambahan tidak perlu balik lewat sedangkan GPI tiada elaun tambahan dibebani dengan pelbagai tugas. Bunyi sebegini pernah kedengaran suatu ketika dahulu dengan membandingbezakan dengan orang lain dan perbezaan DG guru jqaf dan GPI Saya memahami keadaan yang dihadapi, tanggungjawab keluarga dan juga tanggungjawab sebagai pendidik. Saya setuju dengan pendapat akhimizi didalam blognya kita tidak boleh lakukan kerja dalam keadaan tetekan.sekiranya ini terjadi maka akan memberi kesan kepada anak-anak didik. Difahamkan juga ada GPI yang sanggup tasmek setiap hari Alhamdulillah bahagia sekolah tersebut dan diharapkan jgn la pula guru jqaf menjadi mandom dan pemalas pula. Ada juga GPI tidak masuk tasmek tetapi balik lewat dan sanggup duduk saja dalam bilik guru, pening semua ini bila dengar macam-macam cerita .

Seperkara lagi apabila murid tidak hadir kelas tasmek dengan alasan mahu ke kelas tuisyen atau kelas AlQuran berbayar khusus bagi sekolah dalam bandar kerana mereka lebih selesa dengan kelas tambahan di luar sekolah sebagai contoh ada sebuah pusat pengajian Al Quran di Bandar Alor setar sangat strait berpegang kepada peraturan yang telah di tetapkan sebelum pukul 3 petang murid-murid mesti berada di kawasan pusat pengajian tersebut. Maka waris datang jumpa guru jqaf sendiri menyatakan persoalan demikian. Susah juga nak selesaikan semua ini.

Macamana pula tahun hadapan semua murid jqaf akan menduduki peperiksaan UPSR kelas tasmek atau kelas tuisyen menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan aktiviti Ko Kurikulum sehingga sehari suntuk murid dan guru berada di sekolah. Kadang-kadang ada waris menyungut kesian anak mereka terlalu letih sehari suntuk berada di sekolah lepas tasmek terus masuk kelas KAFA malam pula terus tidur kekadang tak sempat menyiapkan kerja rumah. Pada saya inilah sikap orang kita yang manjakan anak yang akhirnya menimbulkan masalah pada keluarga. Kita melihat sikap orang cina pergi ke sekolah gelap pulang pun gelap ditambah pula dengan membawa bermacam-macam bekal yang telah di tapau.

Dalam mengaharungi liku-liku sebagai pendidik ini lah yang perlu ditempuhi.Ketaqwaan kesabaran kerdhoan keikhlasan menjadi tunjang perjuangan. Saya menulis ini bukan luahan perasaan tetapi hanya untuk menyampaikan apa saya terima daripada rakan jqaf yang lain untuk menjadi renungan kita bersama. Mudah-mudah kita dapat mencambahkan idea demi untuk menambahbaikan program jqaf model tasmek ini. Tiada niat untuk mencari kesalahan dan memburukan sesiapa hanya merungkai permasalahan yang timbul.

mesyuarat panitia pendidikan islam



15 januari2009 mesyuarat panitia telah dijalankan dengan jaya banyak perkara dibincangkan bersama-sama dengan PKKK cikgu IbrahimB Omar.mudah-mudahan program yang dirancang pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar hendaknya.Dengan tenaga yang ramai dapat melicinkan segala gerak kerja yang diatur. PKKK berharap program jqaf dapat berjalan dengan lancar, beliau telah menekakan pemulihan jawi dan khatam alquran agar dapat mengenal pasti bilangan murid menguasai dan belum menguasai.

05 Januari 2009

hari pertama persekolahan

4 januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2009. Saya rasa Semua sekolah di lawati oleh Pegawai PPD atau pegawai JPN. SK Siputeh telah dilawati oleh Pn Osma selaku mentor sekolah. Beliau berada di sekolah kami hampir separuh hari memantau apa yang berlaku pd hari pertama persekolahan. tahun ini sekolah kami menerima 3 orang guru baru salah seorgnya ustazah dr Sabah ustazah Nashitoh. mudah mudahan gerak kerja untuk pen Islam akan bertambah hebat hendaknya.