30 November 2008

PENGALAMAN MENGAWAS SPM

SPM 2008 hampir selesai, buat pertama kali mengawas peperiksaan SPM pada tahun ini maka tercerna pengalaman baru dalam kehidupan saya yang bergelar sebagai guru. Apa yang menariknya saya diamanahkan untuk mengawas sekolah yang di kategorikan gred A di negeri kedah ini, letih juga dibuatnya almaklumlah pelajar-pelajar yang cerdik sentiasa meminta helaian tambahan, keluar dari bilik peperiksaan on time . Apabila melihat mereka diluar dan didalam bilik peperiksaan teringat pula zaman saya mengambil SPM pada tahun 1996 di SMURaudzatul ulum (namanya sudah terkubur).
Sepanjang saya mengawas SPM ini hanya subjek Pendidikan Islam yang menjadi tumpuan saya almaklumlah ustaz katakan. Lagipun kita ni nak memperkasakan pendidikan Islam. Saya rasa pelik dan hairan kerana semua pelajarnya menjawab didalam tulisan rumi. Pada hemat saya sekolah hebat mesti jawab dalam tulisan jawi sepertimana mereka mampu menjawab subjek math sains biology dan sebagainya dalam bahasa inggeris. Tak tahu lah kalu sememangnya calon-calon dikehendaki menjawab didalam tulisan rumi, sekiranya itu yang dikehendaki maka pandangan saya tidak tepat saya mohon maaf, tapi seingat saya masa saya menduduki SPM dulu kami jawab dalam tulisan jawi, mungkin masa sudah berubah dunia sudah maju. Yang peliknya lagi tulisan selawat keatas nabi pun tak betul. Tak pa la kita sangka baik mungkin mata saya yang tersalah pandang atau mungkin calon tersebut menggunakan khat yang menarik sebab saya tak pandai dalam bab khat ni atau calon tersebut terlepas pandang.
Oleh itu saya merasakan amat wajar YAB Perdana Menteri merencakan program jQAF yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Mengembalikan kefahaman Islam dengan lebih sistematik dan mengembalikan budaya melayu yang hakiki. Tulisan jawi suatu ketika dahulu menjadi tulisan rasmi tapi sekarang entah kemana hatta guru bahasa melayu pun tidak tahu membaca dan menulis jawi padahal suatu ketika dahulu mereka yang mengajar subjek tersebut yang kita sebut sebagai BMJ (bahasa melayu jawi). Dalam pemerhatian saya, hanya sekolah rendah Islam darulaman SRIDA yang menjana BMJ ini. Kini ita diperkenalkan dengan Program jQAF dan dipertanggungjawabkan kepada ustaz dan ustazah. Perancangan yang mantap dan perlaksanaan yang mengancam dapat melahirkan modal insan yang berbudaya melayu yang mengangkat martabat Islam. Menyedari haikat ini saya menyeru seluruh orang kampung j-QAF supaya dapat mengorak langkah dengan lebih pantas untuk menjayakan program ini.

j-QAF OH j-QAF


Wahai sekalian orang kampung jqaf tahun depan merupakan tahun yang kelima kita semua menerokai program jqaf ini. Apakah perasaan kita didalam menerjah dan mecampakan diri didalam alam program jqaf ini ,. Apa pun saya yakin dan percaya bahawa semua guru jqaf ikhlas didalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Saya amat sedih dan pedihnya hati ini sekiranya terdengar kalimat guru-guru jqaf ini tidak ikhlas

Apakah kita boleh mengukur keikhlasan seseorang? Biarlah Allah S.W.T sahaja yang mengukur keikhlasan tersebut. Sesungguhnya ikhlas ini dibangsakan dengan bangsa faham bukan di bangsakan dengan bangsa Nampak atau di sebut dengan amrun iktibari.(kalu salah tolong perbetulkan). Tidakah kita terfikir bagaimana penat jerih guru-guru jqaf sehingga ada yang keluar gelap balik pun gelap. Terbungking buat kerja siapa pun tidak tahu. Sahabat-sahabat yang berada nun juah di pendalaman sabah dan Sarawak berjuang habis habisan mendidik anak-anak jQAF. Saya merasakan tidak terlintas bagi mereka untuk memikirkan Honda city Toyota vios Nissan dan sebagainya. Bagi saya guru jqaf lah orang yang paling setia sebagai penjawat awam sanggup menerima apa sahaja tugasan yang diberikan, saya pernah menyuarakan didalam mesyuarat agong KKGUMB cawangan kedah guru jqaf ini hanya diibaratkan sebagai mangsa guru ganti sahaja, apakah disebabkan guru jqaf ini di luar norma tiada limit masa dengan mengajar tanpa henti, boleh di tunggang dengan pelbagi tugas sebagai guru data,guru sukan, guru kaunseling,guru media, penyelaras makmal computer dan sebagainya semua ini memang bagus untuk guru jqaf tetapi saya bimbang sekiranya mereka ini tersasar dari program jqaf. Pergunakanlah kemahiran guru jqaf ini dengan setaranya bukan dengan sewajarnya.

Justeru saya memohon semua orang kampung jqaf dapat membuka minda merenung perkataan jQAF TANPA GAGAL . tahun untuk menilai semakin hampir, saya sendiri merasa takut dan gerun dengan jumlah murid yang boleh membaca Al Quran apatah lagi khatam Al Quran. Walaubagaimapun terubat hati apabila pihak kementerian minta menggunakan kaedah Baca Ikut Guru insyaAllah akan tercapai. Saya juga berharap agar semua orang kampung jqaf dapat mencambahkan idea kerana orang yang bergelar pakar sentiasa memberi idea baru atau menambah baik idea yang sedia ada.